Nuffnang Ads

Nuffnang Ads

Monday, November 28, 2011

PERKEMBANGAN JANIN DARI MINGGU KE MINGGU


ingguPerkembangan Janin
0-4Bersaiz 2 mm panjang. Otak, saraf dan tanda muka telah mula terbentuk
4-8Organ-organ lain mula terbentuk, antaranya tulang muka, mata dan warnanya, jari kaki dan tangan juga mula kelihatan. Pada minggu ke enam jantung mula berdenyut.
8-12Organ utama bayi telah terbentuk. Saiz kepala bayi adalah lebih besar untuk menampung saiz pembesaran otak. Bentuk hidung, dagu dan kelopak mata telah sempurna. Bayi anda akan mula menendang secara lembut.
12-16Dengan menggunakan ultrasound bunyi jantung boleh didengar. Pada masa ini juga saluran penafasan nya telah terbentuk. Bayi anda boleh  menyatakan perasaannya dengan mimik mukanya. Bulu mata, bulu kening serta rambut mula tumbuh. Bayi anda boleh memusingkan kepalanya dan membuka mulutnya.
16-20Bayi anda berupaya bertindak-balas dengan suara anda. Bayi anda juga boleh menghisap ibu jarinya. Deria rasanya juga telah berkembang dan mampu membezakan rasa pahit dan manis. Cap jarinya sedang terbentuk dan disaluti dengan bulu-bulu halus yang dikenali sebagai "lanugo"
20-24Badan bayi masih kurus, tapi saiz kepala dan badan telah seimbang. Tulang-tulangnya mula mengeras. Kemaluannya telah terbentuk. Bayi anda telah mula mepelihatkan motion pernafasan. Bayi anda telah mempunyai paten tidurnya tersendiri 
24-28Bayi anda mula sensitif dengan bunyi dipersekitarannya, ia juga dapat mengenali suara anda. Kadar denyutan jantung bayi anda akan meningkat sekiranya ada bercakap. Pada ketika ini juga bayi anda sedang mempersiapkan dirinya untuk dilahirkan. Lemak mula terbina dibawah kulitnya, rambutnya mula tumbuh, kelopak matanya terbuka dan otaknya mula aktif.
28-32Bayi anda telah sempurna pembentukannya, bayi anda boleh mengelipkan matanya. Pergerakannya semakin berkurangan kerana berat badanya makin bertambah. Kepalanya tertumpu ke bawah. Kerongkongnya belum lagi matang pembentukannya namun ia mempunyai peratusan yang tinggi untuk selamat jika dilahirkan diwaktu ini.
36Bayi anda bersedia untuk dilahirkan, bayi anda melakukan latihan penafasan, mengulum dan menelan. Bulu-bulu lembut pada badannya mulai hilang. Dan kedudukan kepala bayi adalah pada pelvis.

checklist kelengkapan bayi....

  • Baju lengan pendek 5 helai
  • Baju lengan panjang 5 helai
  • Seluar pendek 5 helai
  • Seluar Panjang 5 helai
  • Stokin bayi
  • Sarung tangan
  • Kain bedung
  • Napkin( lampin) kain 10 helai
  • Napkin liner ( jika kita menggunakan kain napkin)
  • Diapers pakai buang
  • Minyak untuk sapuan pada bayi utk elakkan kembung perut
  • Tuam bayi
  • Pelapik getah
  • Tilam bayi
  • Berus pencuci botol