Nuffnang Ads

Nuffnang Ads

Monday, June 20, 2011

SINOPSIS NOVEL


 




Sinopsis

"Walau cinta tak pernah aku cuba,
tak pernah aku rasa,
aku mampu berikan segalanya,'
cuma hanya...
jika kau bawa aku terbang bersama,
meneroka alam cintamu yang beku...
izinkan aku mencairkannya,
izinkan aku temanimu,
hingga ke akhir masa..."
DEWA CINTAKU
Iqbal & June
Miliki sejarah hidup yang sama,
menjadi mangsa perpecahan keluarga
sehingga menjadikan mereka
manusia-manusia yang tidak perlukan cinta,
Namun apabila cinta itu tidak berdosa...
Mereka tersungkur jua di kakinya....





Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
Harga : RM 19.90
Halaman :576
ISBN : 983-124-029-9



SINOPSIS




Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….”

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya. 


Sunday, June 19, 2011

Beribu Sesalan - Jaclyn Victor, Ning Baizura dan Shila Hamzah



Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku

Monday, June 13, 2011

Info harga ikan dan ayam di Semenanjung Malaysia


IKAN /AYAM
KELMARIN
SEMALAM

KEMBUNG (BESAR)
KEMBUNG (KECIL)
SELAYANG
CENCARU
TONGKOL
PELALING
BAWAL HITAM
SELAR KUNING
SIAKAP
AYAM

RM7-RM9
RM3-RM4
RM6-RM8
RM5-RM8
RM5-RM8
RM4
RM18-RM20
RM9
RM24
RM8-RM8.8

RM7-RM15
RM3-RM10
RM6-RM10.50
RM3-RM9
RM4-RM12
RM5-RM8
RM15-RM16
RM8-RM15
RM20-RM24
RM8-RM8.50


NOTA : HARGA BAGI SEKILOGRAM
SUMBER : PASAR TERPILIH SELURUH SEMENANJUNG  MALAYSIA

I’M BACK….


Dah lame rasenye tak update my blog….rindu….
Sejak hidup berdua ni busy sikit…maybe ambik mase nak sesuaikan diri….
Lagi2 after 2 weeks our wedding abah sy accident….sangat sedih…abah sy tak pernah sakit tetibe terlantar kat hospital…dah la umur abah 64 tahun patah kaki pulak tu….kena operation masukkan besi…after 1 week kuar hospital tp still lemah lg…yang sakit hati orang yg langgar tu mcm takde responsibility….geram betul la..tak isah la sape yg salah sbb abah sy naik motor org tu naik kereta….dia tak cedera ape2 just tayar pancit n lampu depan pecah….kalau korang dekat situasi sy ape perasaan korang bile org tu ckp “mujur sy langgar pakcik kalo sy langgar org lain sy dah tak heran dah”..patut ker dia ckp mcm tu?korang bygkan kalo abah sy tu spt yg dia maksudkan msti dia blah mcm tu jer after dia langgar…betul tak?
Dah la berjanji nak cover bil hospital tp hampeh….janji tinggal janji…pastu dtg melawat sekali jer mse abah sy kat hospital…menangis2…drama semata2 tp takde kesedaran….sy rase org mcm dia ni tak layak jd seorg pendidik..manusia yg takde tanggungjawab…bukannye jauh pun dia nak dtg melawat kat umah..dekat jer kurg 10 minit dah smpai…tp kalo dah manusia takde hati perasaan mane nak tau semua tu…

Rasenye korang nilai sendiri la…